Carian :
Suhu Kini 28°C
| 20  2013, 00:00:00 Pagi | |
Bahasa Melayu | English
::::
« Mei 2013 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
567891011
12131415161718
19
20
2122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan
Manusia akan merasa tidak puas hati apabila :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...
LAMAN UTAMA > Taska Hadhari YPKT

TASKA HADHARI YPKT

PENGENALAN

  • TASKA Hadhari adalah Pusat Perkembangan Awal Kanak-Kanak dibawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu untuk memberi perkhidmatan pengasuhan, penjagaan dan pendidikan bayi dan kanak-kanak bagi membantu keluarga yang menghadapi masalah penjagaan anak-anak khasnya yang bekerja.
  •  Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan insan murni, maka konsep perancangan dan pelaksanaan aktiviti TASKA menjurus kepada pusat perkembangan sosial.  Dengan adanya ketenteraman emosi, kepercayaan dan keselamatan maka proses perhubungan dan interaksi dapat dilakukan dengan positif (perkembangan sosial tinggi seperti dapat bergaul dengan ramai kanak-kanak sebaya).  TASKA adalah tempat untuk mengembangkan kemahiran sosial, melatih kepimpinan, bertolak ansur dan lain-lain.
  • Konsep belajar melalui bermain (learn through play)  yang diterapkan dalam aktiviti ini membolehkan kanak-kanak meneroka dan menjelajah sambil bermain untuk membentuk pengalaman baru mengikut kebolehan, kemampuan, minat dan kesediaannya.  Dari sini maka terbentuklah kemahiran dan pengetahuan baru melalui pancaindera mereka.
  • Amalan melentur buluh dari rebungnya amat penting kerana pendidikan awal yang menyeluruh dan berilmu akan membantu melahirkan insan syumul, seimbang dan cemerlang.

 

 

OBJEKTIF TASKA

  •  Meningkat dan menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh bayi dan kanak-kanak dari  segi fizikal, bahasa, sosio-emosi dan kognitif.
  •  Menyediakan asas pembentukan insan berilmu, syumul, seimbang dan cemerlang.
  •  Membantu ibubapa yang bekerja mengatasi penjagaan bayi dan kanak-kanak.

 

 

BILANGAN TASKA

 

BIL

PARLIMEN

BILANGAN TASKA

1.       

Kuala Terengganu

5 buah

2.      

Kuala Nerus

3 buah

3.      

Hulu Terengganu

3 buah

4.      

Marang

4 buah

5.      

Besut

8 buah

6.      

Setiu

4 buah

7.      

Kemaman

6 buah

8.      

Dungun

9 buah

JUMLAH KESELURUHAN :

42 buah


Keterangan lanjut mengenai lokasi TASKA Hadhari Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu adalah seperti di dalam menu Direktori YPKT.

 

 

MASA OPERASI DAN BAYARAN

 

 

 

Masa Operasi

 

Perkhidmatan dibuka setiap hari

(kecuali cuti hujung minggu dan kelepasan am)

Masa  : 8.00 pagi hingga 7.00 petang

 

 

 

Yuran

 

Pendaftaran      : RM 50.00 seorang setahun

Yuran Bulanan  : RM 150.00 seorang

 

 

Yuran dijelaskan selewat-lewatnya 7hb setiap bulan. Tiada potongan yuran dibuat jika anak tidak hadir ke  TASKA.